Thursday 21 April 2016

Kampung Boy Siri Animasi Terawal Malaysia



Kampung Boy Siri Animasi Terawal Malaysia

Antara siri animasi terawal keluaran Malaysia adalah Kampung Boy. Siri ini merupakan adaptasi daripada buku grafik novel berjudul Kampung Boy yang dilukis oleh kartunis Lat.



Buku grafik novel tersebut pertama kali diterbitkan pada tahun 1979 dalam jumlah 60,000 unit dan telah diulang cetak sebanyak 16 kali. Kejayaan inilah yang mengilhamkan pembikinan Siri Animasi Kampung Boy.



Siri Animasi Kampung Boy pertama kali disiarkan pada tahun 1997 melalui stesen satelit Astro. Ia kemudiannya diedarkan kepada 60 buah negara lain seperti Kanada dan Jerman. Pengkritik animasi tempatan mengganggapnya sebagai satu karya yang baik yang wajar dijadikan aspirasi oleh pengeluar animasi tempatan yang lain.




Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Animasi_Malaysia

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Kampung_Boy

https://en.wikipedia.org/wiki/Kampung_Boy_(TV_series)

Wednesday 20 April 2016

Siapakah Pencipta Watak Upin Ipin dan Boboiboy?



Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, oleh Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Usamah Zaid, para pengasas Les' Copaque. Nizam, Safwan dan Usamah merupakan siswazah lepasan Universiti Multimedia yang mula-mulanya bekerja sebagai kakitangan sebuah syarikat animasi lain sebelum bertemu dengan bekas peniaga minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka syarikat Les' Copaque.

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain (Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin), setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production.

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Upin_%26_Ipin

https://ms.wikipedia.org/wiki/BoBoiBoy



Siapakah Pencipta Kamera?



Sejarah mencatatkan kamera yang pertama di dunia telah dicipta oleh Ibnu Al-Haytham (English: alhazen) kira-kira pada tahun 1000 Masehi. Ibnu Al-Haytham adalah seorang saintis di dalam bidang penglihatan, optik dan cahaya (vision, optics and lights).

Untuk mengkaji konsep cahaya dan penglihatan, Ibnu Al-Haytham telah menggunakan bilik gelap yang digelar "Albait Almuzlim" dalam Bahasa Arab yang kemudiannya diterjemah ke  Bahasa Latin sebagai "camera obscura". Hasil kajian ini Ibnu Al-Haytham merumuskan bahawa cahaya bergerak dalam garisan lurus dan akibatnya menghasilkan imej terbalik di dalam mata manusia dan haiwan.



Pada bulan Januari 2015, UNESCO telah mengiktiraf sumbangan Ibnu Al-Haytham dalam kajian berkaitan ini dan menerbitkan dokumentari bertajuk “1001 Inventions and the World of Ibn Al-Haytham”.



Rujukan:

http://inventors.about.com/od/pstartinventions/a/stilphotography.htm

http://1001inventions.com/ibnalhaytham

Maksud Fotografi (Photography)


Maksud Fotografi (Photography)

Perkataan Fotografi dipinjam dari perkataan Bahasa Inggeris "Photography" yang berasal dari gabungan dua perkataan Latin iaitu "Photos" (Cahaya) dan "Graphein" (Lukis). Maksudnya, lukisan atau gambaran yang terhasil daripada kesan cahaya. Perkataan ini diperkenalkan John HW Herschel pada tahun 1839.

Untuk menghasilkan produk fotografi, John Herschel menggunakan alat yang dipanggil Kamera (Camera).

Rujukan: http://courses.educ.ubc.ca/etec540/July03/borgesc/researchtopic/


Tuesday 19 April 2016

Maksud iPhoneoGraphy



iPhoneography adalah seni mengambil foto menggunakan iPhone. Istilah ini mula dipopularkan seawal tahun 2007 ketika iPhone 2G berkeupayaan kamera 2 Megapixel dikeluarkan. Apabila versi terbaru diperkenalkan bersama kualiti gambar dan resolusi yang semakin bertambah baik, jurufoto profesional mula meminati dan mengiktiraf nilai iPhone sebagai peranti kamera.

Teknik iPhoneography merangkumi aspek suntingan seperti

Adjusting color
Black & white
Blending images
Collage and mixed media
Collodion development
Darken a photo
Depth of field
Fix perspective
Masking
Panoramic photography
Refiltering, or re-applying a filter
Retouching
Selective coloring
Sharpening
Soft focus
Street photography
Underwater photography
Vignette

Manakala photo effects yang tersedia meliputi
Abstract
Blur
Dramatic
Graphic
Grunge
Lighting
Painterly
Portrait
Surreal
Vintage

Apabila Apple mengeluarkan iPhone 6, mereka menggunakan faktor iPhoneography sebagai salah satu kekuatan iPhone melalui slogan "Shot on iPhone" (Diambil dengan iPhone 6).



Maksud PhoneoGraphy


.
PhoneoGraphy adalah satu istilah baru yang menggabungkan perkataan Phone dan Photography.

Secara amnya, ia bermaksud teknologi dan seni mengambil, menyunting dan menghasilkan imej foto menggunakan telefon pintar atau tablet.

Rujuk http://en.websaru.com/phoneography.html

Sejarah PhoneoGraphy bermula dengan kemunculan istilah iPhoneoGraphy iaitu menggunakan iPhone untuk menghasilkan imej foto seawal tahun 2007.

Rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/IPhoneography

Hari ini, perlumbaan pembuatan telefon pintar menyaksikan kebanyakan jenama telefon pintar dilengkapi dengan perkakasan kamera canggih yang membolehkan imej foto bermutu tinggi dihasilkan.

Olehkerana saiznya kecil, perkakasan kamera pada sesebuah telefon pintar tidak mempunyai keupayaan zoom setanding dengan kamera biasa.



Walaubagaimanapun, pengeluar telefon pintar berusaha meningkatkan jumlah pixel bagi keluasan foto imej untuk menghasilkan mutu yang baik. Secara mudahnya, jumlah pixel yang tinggi memberikan mutu yang lebih baik.

.

Gambar iPhone terbaru (iPhone SE)


iPhone terbaru ini diberi jolokan "fon 4 inci yang terhebat pernah dicipta" menurut CEO Apple, Tim Cook. Ia diperkenalkan pada 31 March 2016. Saiznya yang kecil bertujuan menjadi alternatif kepada saiz iPhone 6s dan 6s Plus yang lebih besar. Harganya juga lebih murah iaitu USD399. Edisi ini dikeluarkan dalam empat warna iaitu silver, gold, space grey dan rose gold.

Meskipun kecil, kameranya mempunyai spesifikasi 12 megapixel. Ruang storannya pula adalah 16GB atau 64 GB. Fon ini mempunyai keupayaan memberi respon kepada arahan suara seperti "Hey Siri". Ia juga mempunyai sensor cap jari dan paparan resolusi tinggi Retina.