Sejarah mencatatkan kamera yang pertama di dunia telah dicipta oleh Ibnu Al-Haytham (English: alhazen) kira-kira pada tahun 1000 Masehi. Ibnu Al-Haytham adalah seorang saintis di dalam bidang penglihatan, optik dan cahaya (vision, optics and lights).
Untuk mengkaji konsep cahaya dan penglihatan, Ibnu Al-Haytham telah menggunakan bilik gelap yang digelar "Albait Almuzlim" dalam Bahasa Arab yang kemudiannya diterjemah ke Bahasa Latin sebagai "camera obscura". Hasil kajian ini Ibnu Al-Haytham merumuskan bahawa cahaya bergerak dalam garisan lurus dan akibatnya menghasilkan imej terbalik di dalam mata manusia dan haiwan.
Pada bulan Januari 2015, UNESCO telah mengiktiraf sumbangan Ibnu Al-Haytham dalam kajian berkaitan ini dan menerbitkan dokumentari bertajuk “1001 Inventions and the World of Ibn Al-Haytham”.
Rujukan:
http://inventors.about.com/od/pstartinventions/a/stilphotography.htm
http://1001inventions.com/ibnalhaytham
No comments:
Post a Comment