Tuesday 19 April 2016

Gambar iPhone terbaru (iPhone SE)


iPhone terbaru ini diberi jolokan "fon 4 inci yang terhebat pernah dicipta" menurut CEO Apple, Tim Cook. Ia diperkenalkan pada 31 March 2016. Saiznya yang kecil bertujuan menjadi alternatif kepada saiz iPhone 6s dan 6s Plus yang lebih besar. Harganya juga lebih murah iaitu USD399. Edisi ini dikeluarkan dalam empat warna iaitu silver, gold, space grey dan rose gold.

Meskipun kecil, kameranya mempunyai spesifikasi 12 megapixel. Ruang storannya pula adalah 16GB atau 64 GB. Fon ini mempunyai keupayaan memberi respon kepada arahan suara seperti "Hey Siri". Ia juga mempunyai sensor cap jari dan paparan resolusi tinggi Retina.




No comments:

Post a Comment