Monday 18 April 2016

Pencipta USB Pen Drive Berasal Dari Malaysia



Tahukah anda pencipta asal Pen Drive berasal dari Malaysia?

Pen Drive atau USB Drive adalah sejenis peranti yang digunakan untuk menyimpan data dari komputer atau peranti lain seperti kamera dan telefon pintar.

Ideanya diilhamkan oleh Pua Khei Seng, seorang graduan Chiao Tung Universiti yang berasal dari Sekinchan Selangor. Pua menamatkan pengajiannya di Taiwan pada tahun 1999 dan kemudiannya bekerja di sana. Setelah 6 bulan bekerja, Pua mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat sendiri bersama empat orang jurutera lagi yang merupakan rakannya sewaktu di kampus dahulu. Mereka yakin mereka mempunyai kepakaran untuk menghasilkan suatu inovasi di dalam bidang teknologi maklumat.

Pua dan rakan-rakannya menamakan syarikat mereka Phison yang bermaksud "a group of people united". Dalam tempoh 6 bulan, mereka berjaya menghasilkan sejenis cip yang mengandungi sistem kawalan di dalamnya yang dipanggil System On Chip (SOC). Mereka menamakan produk baru ini Pen Drive. Ketika itu mereka baru berusia 27 tahun. Tiada siapa yakin dengan keupayaan Pen Drive. Maka mereka terpaksa mencari rakan niaga untuk membantu memasarkan produk tersebut. Salah satu usaha mereka adalah mendapatkan penyertaan syarikat gergasi Jepun, Toshiba, untuk menjadi pelanggan dan pemegang saham syarikat mereka.

"Kami melancarkan Pen Drive pada bulan Jun 2001 dan pada bulan Ogos tahun yang sama, kami telah mendapat pulangan (break even)! Bermula dari September 2001, kami menikmati keuntungan bulanan dari hasil ciptaan kami dan kami tidak menoleh ke belakang lagi semenjak itu".

Rujukan:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/07/17/father-of-pen-drive-now-a-datuk/

http://mystarjob.com/articles/story.aspx?file=/2013/4/27/mystarjob_careerguide/12991824&sec=mystarjob_careerguide

http://www.funnymalaysia.net/pua-khein-seng-im-a-malaysian-and-i-invented-the-usb-pen-drive/

1 comment:

  1. Good day! I simply wish to give a huge thumbs up for the great data you�ve got here on this post. I will probably be coming again to your weblog for more soon.

    ReplyDelete