Thursday 21 April 2016

Kampung Boy Siri Animasi Terawal Malaysia



Kampung Boy Siri Animasi Terawal Malaysia

Antara siri animasi terawal keluaran Malaysia adalah Kampung Boy. Siri ini merupakan adaptasi daripada buku grafik novel berjudul Kampung Boy yang dilukis oleh kartunis Lat.



Buku grafik novel tersebut pertama kali diterbitkan pada tahun 1979 dalam jumlah 60,000 unit dan telah diulang cetak sebanyak 16 kali. Kejayaan inilah yang mengilhamkan pembikinan Siri Animasi Kampung Boy.



Siri Animasi Kampung Boy pertama kali disiarkan pada tahun 1997 melalui stesen satelit Astro. Ia kemudiannya diedarkan kepada 60 buah negara lain seperti Kanada dan Jerman. Pengkritik animasi tempatan mengganggapnya sebagai satu karya yang baik yang wajar dijadikan aspirasi oleh pengeluar animasi tempatan yang lain.




Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Animasi_Malaysia

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Kampung_Boy

https://en.wikipedia.org/wiki/Kampung_Boy_(TV_series)

No comments:

Post a Comment