Wednesday 20 April 2016

Siapakah Pencipta Watak Upin Ipin dan Boboiboy?



Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, oleh Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Usamah Zaid, para pengasas Les' Copaque. Nizam, Safwan dan Usamah merupakan siswazah lepasan Universiti Multimedia yang mula-mulanya bekerja sebagai kakitangan sebuah syarikat animasi lain sebelum bertemu dengan bekas peniaga minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka syarikat Les' Copaque.

BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain (Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin), setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production.

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Upin_%26_Ipin

https://ms.wikipedia.org/wiki/BoBoiBoy



No comments:

Post a Comment